Kelas Asas Formula Microsoft Excel

30 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 29 November 2020 pada hari Ahad, Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan Kelas Asas Formula Microsoft Excel untuk para pelajar sekolah menengah. Kelas ini bertempat di bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Niah Suai.

Kelas ini dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini dibuat adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk mengunakan formula untuk melakukan pengiraan pada Microsoft Excel. Staff Pusat Internet terlebih dahulu memberikan contoh cara pengiraan mengunakan formula pada Microsoft Excel, sebelum peserta melakukan latihan pengiraan mengikut formula yang telah diajar. Dengan adanya kelas seperti ini, ia akan memudahkan para pelajar melakukan kerja pengiraan mengunakan Microsoft Excel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali